Tuesday, August 12, 2008

kelip-kelip

semalam masa tengah berborak ngan mama dalam gelap,,,oleh kerana lampu kat ruan tengah umah buat hal tak nak idup...tetiba ada sekor serangga terbang melilau di sekeliling kami...yang menarik perhatian saya dan mama dan sedikit sebanyak mengganggu perbualan kami..serangga tu membawa cahaya..cahaya berwarna hijau....rupa-rupanya serangga tu kelip-kelip yang da lama saya tak ketemu atau mungkin lebih tepat jika dia tak hadir terbang di sekeliling kami semalam,, saya da lupa kewujudan serangga kecil tu dalam dunia ni...mungkin da semakin pupus dalam dunia ni...

kata mama kalo kelip-kelip masuk ke rumah petanda nak membawa rezeki...emmm...rezeki?tu kata orang- orang tua dulu- dulu..bagi saya bukan kerana kelip-kelip tu rezeki nak masuk ke rumah kita..kalo betul terjadi pun mungkin ianya satu kebetulan...ingat lak masa kecik kecik dulu,ada satu pokok tu bila malam je dipenuhi dgn kelip-kelip pelbagai warna..pokok tu macam dihiasi oleh lampu kelip pelbagai warna...gabungan beribu kelip-kelip yang berkumpul di pokok tu menciptakan satu pemandangan yang cukup indah...

besarnya ciptaan Allah..dari sekecil-kecil serangga boleh mencipta seindah-indah pemandangan....Subhanallah Maha Suci Allah...

No comments: