Wednesday, February 24, 2010

KEMBALI LAGI


setahun sudaa...da banyak perkara berlaku,...hampir lupa tentang kewujudan blog inih..dasat sungguh tuan punya blog...angah pun da selamat delivered her baby...da besar panjang budak kecik tu...si Arif Mustaqim da umo 9 bulan daaaaa.....


back again....more updates selepas ini...insya Allah...

Wednesday, February 25, 2009

hari ini saya di rumah seharian..kononnya tidak ke tempat kerja kerana mata bengkak dan berair..pagi tadi ketika bangun dari tidur,mata saya bengkak dan merah..terasa sedikit gatal..ditambah pula dengan hujan di luar, membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak ke tempat kerja..hehehheheh...pukul 7.30 saya dan angah ke kedai pakcik wahab untuk menjamu roti canai..emmm...mata bengkak macamana nak keluar?? tapi saya persetankan semua itu bila terbayangkan roti canai pakcik wahab, ditambah pula dengan desakan angah yang ingin sekali makan roti canai..kalau tidak kerana perutnya yang sedang membusung tu, rasanya takkan saya layan permintaanya..

asyik menjamu selera,, kata angah..."eh, mata ko da tak bengkak"..erkkk macamana saya nak minta MC kalau mata saya sudah tak bengkak..rasa gatal pun da kurang....emmm..kata saya pada angah..biarla..tak semena mena saya tak bekerja hari ini..kami habiskan roti canai, singgah ke pasar dan ke klinik untuk mengambil MC. nasib baik doktor masih bermurah hati memberikan saya MC (masakan dia tidak memberi walau saya tidak lah berapa layak untuk mendapat MC memandangkan dia dibayar untuk servisnya, dan saya perlu membayar untuk ubat yang saya rasa tidak berapa perlu untuk sakit mata saya). Semasa menunggu pembantu klinik menyiapkan ubat, saya terfikirkan kak mar, bekas rakan sekerja yang paling rapat dengan saya, yang sudah saya anggap seperti kakak sendiri tinggal berdekatan dengan klinik. sudah hampir 2 minggu dia melahirkan sepasang anak kembar..tahniah untuk kak mar...usai urusan di klinik, terus saya memandu ke rumahnya..huhuhuhu di awal pagi..se awal 9 pagi...hurmmm baby pun masih belum dimandikan..borak punya borak ajm dah hampir ke pukul 11..huh? turun seawal 7.30 pagi, pukul 11 masih belum pulang..pasti mama di rumah tidak henti membebel pada kami berdua..saya minta diri untuk pulang..

oohh ya! balik ke rumah, saya tgk mata saya sudah kembali ke asal, sudah tidak bengkak dan tidak merah..namun kata doktor ada sedikit jangkitan kuman,,mungkin juga oleh kerana make up yang saya pakai..hmmm..saya terfikir hari ni saya tak bekerja hanya kerana mata yang sedikit membengkak di awal pagi..huh..mcm membazir je sedangkan kerja di pejabat menimbun..

tapi bila angah memberitahu hari ini sebenarnya cukup kandungan 7 bulan kandungan bayinya...owh! birthday si kecik yang ke 7 bulan rupanya..agaknya Allah takdirkan untuk saya tidak bekerja hari ini kerana si kecik di dalam perut ibunya ingin merasa roti canai...hihihih boleh kah menggunakan alasan itu??? tapi saya akui teramat lah excited saya dan keluarga untuk menyambut orang baru..terasa semua permintaan angah pun ingin ditunai selagi mampu...semalam juga saya alami pengalaman baru dengan sikecil...menemani angah ke klinik..dan bila doktor menghidupkan mesin pengimbas bayi, saya sudah mula teruja....wah! saya bakal melihat anak saudara saya dalam masa beberapa saat lagi...apabila doktor meletakkan alat pengimbas di perut angah, image berbalam balam muncul di skrin..doktor tunjukkan in kepala dia, tulang belakang, kaki,, dan ini........ tut dia...hah???saya bakal mendapat anak saudara lelaki jika ramalan doktor itu betul...sudah saya belikan sepasang gown untuk bakal anak saudara kerana mengharapkan ianya adalah perempuan...akan saya berikan pada siapa pula gown itu...hihihiih...tapi lelaki atau perempuan sebenarnya tidak kisah asalkan bayi angah sihat walafiat.....hmmmm tak sabar rasanya untuk menunggu lagi 2 bulan untuk menanti kelahiran si kecil ini ke dunia..

*BB, sbb bb nak mkn roti canai la auntie al tak bekerja hari ni..wink wink...heheheh

Saturday, December 20, 2008

ketandusan seiring kesibukan

arggghhhh......sudah terlalu lama saya tidak singgah ke laman ini...sudah berbulan lamanya ianya ditinggalkan sepi tanpa sebarang cerita baru...terlalu banyak cerita yang ingin saya kongsi bersama...namun masa terlalu membataskan saya untuk mencambahkan fikiran berkongsi pengalaman yang dilalui sehari hari..... selari dengan itu ketandusan idea untuk mengarang juga datang bertimpa....argghhh!!! masa yang terlalu mencemburui saya atau saya yang tidak pandai mengurus masa......adoiiiii....insya Allah selepas ini akan saya cuba untuk meluangkan masa dan membahagikan masa untuk kerja dan diri sendiri.........pada yang sudi menjengah ke blog saya, saya ucapkan terima kasih walau masih tiada apa apa yang boleh menjamu mata dan pemikiran kalian...

Saturday, September 20, 2008

BERKAT RAMADHAN YANG MULIA.......

Rasanya sudah terlalu lama saya tidak singgah ke ruangan ini...terlalu sibuk dengan tugasan harian menyebabkan aktiviti bebas ku terbatas walaupun hanya untuk menitipkan sepatah dua kata...namun hari ni, di waktu senggang yang saya rasa tiada apa yang perlu dibereskan buat seketika waktu, dan juga wabak Sunday Blues yang dijangkiti pada hari ini,, saya tergerak untuk mencoret perkara yang bermain-main di kepala saya akhir-akhir ini...

saya fikir, berkat ramadhan yang mulia ini,,2,3 hari lepas kami sekeluarga menerima berita gembira dari kakak..kami semua bakal menerima ahli baru tahun hadapan..insya Allah...kakak ke 2 ku yang berkahwin pada Mei baru-baru ini mengumumkan telah 5 minggu membawa insan kecil yang masih belum sempurna sifat di dalam kantung perutnya...

kami sekeluarga yang memang ternanti-nanti kehadiran insan kecil merawat duka memeriahkan suasana begitu teruja dengan khabar yang dibawa..ada yang ketawa bertepuk tangan, ada juga yang menitiskan air mata..paling mengharukan saya...bila abah menitiskan airmata mendengarkan khabar yang dia bakal menerima kehadiran cucu pertama di dalam keluarga kami dan bakal memegang tittle datuk tak lama lagi..walau bukan tittle datuk yang dianugerahkan oleh raja-raja, namun saya yakin gelaran datuk oleh kerana hadirnya generasi ketiga di dalam keluarga kami lebih bermakna bagi abah....

saya juga tak sabar dan begitu teruja untuk menerima kehadiran anak buah pertama..pastinya dia akan mendapat perhatian lebih dan bakal mendapat semua yang diinginkan memandangkan dia yang pertama dan mungkin menjadi yang teristimewa buat kami..

buat angah dan abang Im, TAHNIAH saya ucapkan. moga cahaya mata kalian bakal membawa cahaya dan membawa lebih kegembiraan buat keluarga kita..tak lupa juga ku titipkan doa buat bayi yang bakal lahir agar semuanya selamat ke penghujung jalan.......

Tuesday, August 12, 2008

kelip-kelip

semalam masa tengah berborak ngan mama dalam gelap,,,oleh kerana lampu kat ruan tengah umah buat hal tak nak idup...tetiba ada sekor serangga terbang melilau di sekeliling kami...yang menarik perhatian saya dan mama dan sedikit sebanyak mengganggu perbualan kami..serangga tu membawa cahaya..cahaya berwarna hijau....rupa-rupanya serangga tu kelip-kelip yang da lama saya tak ketemu atau mungkin lebih tepat jika dia tak hadir terbang di sekeliling kami semalam,, saya da lupa kewujudan serangga kecil tu dalam dunia ni...mungkin da semakin pupus dalam dunia ni...

kata mama kalo kelip-kelip masuk ke rumah petanda nak membawa rezeki...emmm...rezeki?tu kata orang- orang tua dulu- dulu..bagi saya bukan kerana kelip-kelip tu rezeki nak masuk ke rumah kita..kalo betul terjadi pun mungkin ianya satu kebetulan...ingat lak masa kecik kecik dulu,ada satu pokok tu bila malam je dipenuhi dgn kelip-kelip pelbagai warna..pokok tu macam dihiasi oleh lampu kelip pelbagai warna...gabungan beribu kelip-kelip yang berkumpul di pokok tu menciptakan satu pemandangan yang cukup indah...

besarnya ciptaan Allah..dari sekecil-kecil serangga boleh mencipta seindah-indah pemandangan....Subhanallah Maha Suci Allah...

Sunday, July 13, 2008

mampukah kita?....


semalam cerekarama di TV3 menghidangkan satu drama yang sedikit menyentuh hati bagi saya...cerita yang berkisar tentang seorang isteri yang sanggup bekorban apa sahaja untuk suami tersayang...bagi yang tonton drama tu semalam mungkin tau jalan ceritanya macamana..tapi bg yg tak tgk, serba sedikit ttg drama tu,,, zizie izatie sebagai pendokong utama drama semalam betul2 menjiwai watak....mengalir gak r air mata...sanggup tinggalkan kerjaya sebgai peguam semata-mata nak jadi suri rumah yang taat setia kat suami....

terlalu sayang kat suami dan tenang dengan apa jer masalah yang dihadapi...sampaikan sampai satu tahap suami mintak izin kahwin lain dia leh lagi bersikap tenang di depan suaminya...pretending like dia la isteri yang paling memahami dan disenangi....saya suka dgn cara watak drama tu,,Anis menangani masalah rumah tangga beliau...tenang dan profesional...persoalannnya sekarang...ada lagi ke perempuan zaman sekarang yang boleh menerima masalah rumahtangga setenang itu dan seprofesional itu...lebih2 lagi bila berdepan dengan masalah yang melibatkan perkongsian kasih sayang dengan yang tersayang...bagi saya sendiri pun...tegar ke saya menerimanya jika suatu hari nanti saya ditakdirkan bertemu jodoh dan suami saya meminta izin untuk saya membuka ruang menerima insan lain dalam hidup kami dan berkongsi kasih bersama2...tegarkah??

untuk memberi pandangan berlebihan dalam hal rumah tangga rasanya belum layak...tapi kata mama..apa pun masalah yang dihadapi dalam hidup berumahtangga,, letakkan sabar di tangga teratas...n everything is going to b fine... kata mama lagi kita sebagai perempuan tak perlu untuk menggunakan kekerasan dalam menghadapi masalah...api mesti dibalas dgn air...lagi bagus jika disimbah salju....bila sabar diletak di tangga teratas...insya Allah bahagia akan jadi milik kita suatu hari nanti....

teringat kata-kata dari watak utama drama Aku Juga Wanita semalam...keras kayu boleh dipatahkan..lembut kain??????????

bagi semua isteri yang menghadapi masalah di luar sana...percayalah jika sabar menjadi tonggak utama...insya Allah bahagia akan jadi milik kita...kalo tak di dunia, bahagia di akhirat kekal menanti...setiap apa yang terjadi ada hikamah yang menanti kita di hadapan......

tapi persoalan yang masih bermain di minda saya sekarang.....cukupkah kelembutan mejadi senjata bagi wanita di dunia realiti hr ini....

Wednesday, July 9, 2008

Dongeng Moden...


emmmm....


my first entry.... baru nak belajar ber blog..zaman dulu orang mencambahkan fikiran, mengkreatifkan cara pemikiran dengan penglipu lara.. dongeng... dsb..tapi bila zaman da berubah..org lagi kreatif mencambahkan minda...aku pun minat gak dalam bidang penulisan ni...tapi sebelum ni takder masa n skrg baru nak blajar2...hope dapat tunjuk ajar!!