Saturday, December 20, 2008

ketandusan seiring kesibukan

arggghhhh......sudah terlalu lama saya tidak singgah ke laman ini...sudah berbulan lamanya ianya ditinggalkan sepi tanpa sebarang cerita baru...terlalu banyak cerita yang ingin saya kongsi bersama...namun masa terlalu membataskan saya untuk mencambahkan fikiran berkongsi pengalaman yang dilalui sehari hari..... selari dengan itu ketandusan idea untuk mengarang juga datang bertimpa....argghhh!!! masa yang terlalu mencemburui saya atau saya yang tidak pandai mengurus masa......adoiiiii....insya Allah selepas ini akan saya cuba untuk meluangkan masa dan membahagikan masa untuk kerja dan diri sendiri.........pada yang sudi menjengah ke blog saya, saya ucapkan terima kasih walau masih tiada apa apa yang boleh menjamu mata dan pemikiran kalian...

Saturday, September 20, 2008

BERKAT RAMADHAN YANG MULIA.......

Rasanya sudah terlalu lama saya tidak singgah ke ruangan ini...terlalu sibuk dengan tugasan harian menyebabkan aktiviti bebas ku terbatas walaupun hanya untuk menitipkan sepatah dua kata...namun hari ni, di waktu senggang yang saya rasa tiada apa yang perlu dibereskan buat seketika waktu, dan juga wabak Sunday Blues yang dijangkiti pada hari ini,, saya tergerak untuk mencoret perkara yang bermain-main di kepala saya akhir-akhir ini...

saya fikir, berkat ramadhan yang mulia ini,,2,3 hari lepas kami sekeluarga menerima berita gembira dari kakak..kami semua bakal menerima ahli baru tahun hadapan..insya Allah...kakak ke 2 ku yang berkahwin pada Mei baru-baru ini mengumumkan telah 5 minggu membawa insan kecil yang masih belum sempurna sifat di dalam kantung perutnya...

kami sekeluarga yang memang ternanti-nanti kehadiran insan kecil merawat duka memeriahkan suasana begitu teruja dengan khabar yang dibawa..ada yang ketawa bertepuk tangan, ada juga yang menitiskan air mata..paling mengharukan saya...bila abah menitiskan airmata mendengarkan khabar yang dia bakal menerima kehadiran cucu pertama di dalam keluarga kami dan bakal memegang tittle datuk tak lama lagi..walau bukan tittle datuk yang dianugerahkan oleh raja-raja, namun saya yakin gelaran datuk oleh kerana hadirnya generasi ketiga di dalam keluarga kami lebih bermakna bagi abah....

saya juga tak sabar dan begitu teruja untuk menerima kehadiran anak buah pertama..pastinya dia akan mendapat perhatian lebih dan bakal mendapat semua yang diinginkan memandangkan dia yang pertama dan mungkin menjadi yang teristimewa buat kami..

buat angah dan abang Im, TAHNIAH saya ucapkan. moga cahaya mata kalian bakal membawa cahaya dan membawa lebih kegembiraan buat keluarga kita..tak lupa juga ku titipkan doa buat bayi yang bakal lahir agar semuanya selamat ke penghujung jalan.......

Tuesday, August 12, 2008

kelip-kelip

semalam masa tengah berborak ngan mama dalam gelap,,,oleh kerana lampu kat ruan tengah umah buat hal tak nak idup...tetiba ada sekor serangga terbang melilau di sekeliling kami...yang menarik perhatian saya dan mama dan sedikit sebanyak mengganggu perbualan kami..serangga tu membawa cahaya..cahaya berwarna hijau....rupa-rupanya serangga tu kelip-kelip yang da lama saya tak ketemu atau mungkin lebih tepat jika dia tak hadir terbang di sekeliling kami semalam,, saya da lupa kewujudan serangga kecil tu dalam dunia ni...mungkin da semakin pupus dalam dunia ni...

kata mama kalo kelip-kelip masuk ke rumah petanda nak membawa rezeki...emmm...rezeki?tu kata orang- orang tua dulu- dulu..bagi saya bukan kerana kelip-kelip tu rezeki nak masuk ke rumah kita..kalo betul terjadi pun mungkin ianya satu kebetulan...ingat lak masa kecik kecik dulu,ada satu pokok tu bila malam je dipenuhi dgn kelip-kelip pelbagai warna..pokok tu macam dihiasi oleh lampu kelip pelbagai warna...gabungan beribu kelip-kelip yang berkumpul di pokok tu menciptakan satu pemandangan yang cukup indah...

besarnya ciptaan Allah..dari sekecil-kecil serangga boleh mencipta seindah-indah pemandangan....Subhanallah Maha Suci Allah...

Sunday, July 13, 2008

mampukah kita?....


semalam cerekarama di TV3 menghidangkan satu drama yang sedikit menyentuh hati bagi saya...cerita yang berkisar tentang seorang isteri yang sanggup bekorban apa sahaja untuk suami tersayang...bagi yang tonton drama tu semalam mungkin tau jalan ceritanya macamana..tapi bg yg tak tgk, serba sedikit ttg drama tu,,, zizie izatie sebagai pendokong utama drama semalam betul2 menjiwai watak....mengalir gak r air mata...sanggup tinggalkan kerjaya sebgai peguam semata-mata nak jadi suri rumah yang taat setia kat suami....

terlalu sayang kat suami dan tenang dengan apa jer masalah yang dihadapi...sampaikan sampai satu tahap suami mintak izin kahwin lain dia leh lagi bersikap tenang di depan suaminya...pretending like dia la isteri yang paling memahami dan disenangi....saya suka dgn cara watak drama tu,,Anis menangani masalah rumah tangga beliau...tenang dan profesional...persoalannnya sekarang...ada lagi ke perempuan zaman sekarang yang boleh menerima masalah rumahtangga setenang itu dan seprofesional itu...lebih2 lagi bila berdepan dengan masalah yang melibatkan perkongsian kasih sayang dengan yang tersayang...bagi saya sendiri pun...tegar ke saya menerimanya jika suatu hari nanti saya ditakdirkan bertemu jodoh dan suami saya meminta izin untuk saya membuka ruang menerima insan lain dalam hidup kami dan berkongsi kasih bersama2...tegarkah??

untuk memberi pandangan berlebihan dalam hal rumah tangga rasanya belum layak...tapi kata mama..apa pun masalah yang dihadapi dalam hidup berumahtangga,, letakkan sabar di tangga teratas...n everything is going to b fine... kata mama lagi kita sebagai perempuan tak perlu untuk menggunakan kekerasan dalam menghadapi masalah...api mesti dibalas dgn air...lagi bagus jika disimbah salju....bila sabar diletak di tangga teratas...insya Allah bahagia akan jadi milik kita suatu hari nanti....

teringat kata-kata dari watak utama drama Aku Juga Wanita semalam...keras kayu boleh dipatahkan..lembut kain??????????

bagi semua isteri yang menghadapi masalah di luar sana...percayalah jika sabar menjadi tonggak utama...insya Allah bahagia akan jadi milik kita...kalo tak di dunia, bahagia di akhirat kekal menanti...setiap apa yang terjadi ada hikamah yang menanti kita di hadapan......

tapi persoalan yang masih bermain di minda saya sekarang.....cukupkah kelembutan mejadi senjata bagi wanita di dunia realiti hr ini....

Wednesday, July 9, 2008

Dongeng Moden...


emmmm....


my first entry.... baru nak belajar ber blog..zaman dulu orang mencambahkan fikiran, mengkreatifkan cara pemikiran dengan penglipu lara.. dongeng... dsb..tapi bila zaman da berubah..org lagi kreatif mencambahkan minda...aku pun minat gak dalam bidang penulisan ni...tapi sebelum ni takder masa n skrg baru nak blajar2...hope dapat tunjuk ajar!!