Rasanya sudah terlalu lama saya tidak singgah ke ruangan ini...terlalu sibuk dengan tugasan harian menyebabkan aktiviti bebas ku terbatas walaupun hanya untuk menitipkan sepatah dua kata...namun hari ni, di waktu senggang yang saya rasa tiada apa yang perlu dibereskan buat seketika waktu, dan juga wabak Sunday Blues yang dijangkiti pada hari ini,, saya tergerak untuk mencoret perkara yang bermain-main di kepala saya akhir-akhir ini...
saya fikir, berkat ramadhan yang mulia ini,,2,3 hari lepas kami sekeluarga menerima berita gembira dari kakak..kami semua bakal menerima ahli baru tahun hadapan..insya Allah...kakak ke 2 ku yang berkahwin pada Mei baru-baru ini mengumumkan telah 5 minggu membawa insan kecil yang masih belum sempurna sifat di dalam kantung perutnya...
kami sekeluarga yang memang ternanti-nanti kehadiran insan kecil merawat duka memeriahkan suasana begitu teruja dengan khabar yang dibawa..ada yang ketawa bertepuk tangan, ada juga yang menitiskan air mata..paling mengharukan saya...bila abah menitiskan airmata mendengarkan khabar yang dia bakal menerima kehadiran cucu pertama di dalam keluarga kami dan bakal memegang tittle datuk tak lama lagi..walau bukan tittle datuk yang dianugerahkan oleh raja-raja, namun saya yakin gelaran datuk oleh kerana hadirnya generasi ketiga di dalam keluarga kami lebih bermakna bagi abah....
saya juga tak sabar dan begitu teruja untuk menerima kehadiran anak buah pertama..pastinya dia akan mendapat perhatian lebih dan bakal mendapat semua yang diinginkan memandangkan dia yang pertama dan mungkin menjadi yang teristimewa buat kami..
buat angah dan abang Im, TAHNIAH saya ucapkan. moga cahaya mata kalian bakal membawa cahaya dan membawa lebih kegembiraan buat keluarga kita..tak lupa juga ku titipkan doa buat bayi yang bakal lahir agar semuanya selamat ke penghujung jalan.......
Semasa otak sedang berasap
11 years ago